Ratuku, ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan, tentang kebimbangan ku ini tatkala melihat bunga2 berguguran, dipetik tangan2 yang ganas lagi bernafsu serakah
Ratuku, kebimbanganku ini masih menebal apabila ku dengar dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu
Ratuku, kebimbanganku bertambah lagi bila ku melihat bunga yang tak segan silu, melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar, melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya
Ratuku, aku masih terpinga-pinga, masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku, kerana apa yang kulihat hari ini semakin banyak bunga2 gugur, bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku, bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa yang berlari-lari antara Safa dan Marwah, bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah menanti kekasih di pintu syurga
Ratuku, akuilah hakikat yang tersurat, engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah, engkau bukan A’ishah, bukan juga Rabia’tul Adawiyyah wanita suci terpuji, kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa, cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga2 itu, kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu2 syurga
Jangan kau risau ratuku, kadangkala musim berganti sehingga bunga tak dapat berkembang mekar tapi itu hanya ujian buatmu
Ratuku, esok musim bunga pasti akan tiba dan kau akan mampu berkembang lagi, Cuma yang kuharapkan ketika itu kau jaga kelopakmu itu, jangan sampai tangan2 kasar memetikmu lagi, jangan goda kumbang2 ganas menghisap madu, jangan biarkan gagak2 hitam itu merosakkan serimu, kerana kau ratu idaman kalbu
Ratuku, aku bukanlah memandang kecantikanmu, walaupun kadangkala aku tertarik memandangmu, tapi bukan itu yang kuharapkan, aku yakin ratuku masih ada sinar harapan yang bisa membuatku tersenyum lega kerana akan ku temui ratu idaman hati......
jadikan Ayat Kursi sebagai amalan......InsyaAllah kt akn dilindungi dr segala bahaya....
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment